FEQAH : NAJIS
PENGERTIAN NAJIS
Menurut bahasa : Sesuatu benda yang kotor.
Menurut syarak : Sesuatu benda yang kotor dan menyebabkan tidak sah solat dan tawaf.
- Baca dan fahamkan.
- Orang yang solat dan tawaf wajib suci daripada najis.
- Orang Islam hendaklah sentiasa suci dan bersih.
- Allah kasih kepada orang yang suci dan bersih.
- Saya suka kepada sesuatu benda yang suci dan bersih.
BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS
Najis terbahagi kepada tiga bahagian :
- Mughallazah : Najis anjing dan babi serta kotorannya.
- Mukhaffafah : Najis air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang daripada 2 tahun yang hanya minum susu ibunya.
- Mutawasitah : Najis selain daripada najis mughallazah dan mukhaffafah iaitu :
- Darah
- Tahi
- Muntah
- Benda yang cair dan memabukkan
- Bangkai kecuali bangkai ikan, belalang, dan manusia.
CARA MENYUCIKAN NAJIS
- Menyucikan najis hukumnya wajib.
- Cara menyucikan najis :
- Mughallazah : Hilangkan ain najis kemudian basuh dengan air mutlak sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya air bercampur tanah.
- Mutawasitah : Hilangkan ain najis, kemudian basuh dengan air mutlak sehingga hilang warna, bau dan rasanya.
- Mukhaffafah : Lapkan ain najis sehingga kering, kemudian renjiskan dengan air mutlak keatasnya.
- Sentiasa bersih dan sihat.
- Terhindar daripada penyakit.
- Ibadah kita diterima oleh Allah.
- Allah kasih kepada kita.
- Orang suka dan sayang kepada kita.
No comments:
Post a Comment