Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sunday 27 November 2011

NAJIS

FEQAH : NAJIS


   


PENGERTIAN NAJIS
Menurut bahasa : Sesuatu benda yang kotor.
Menurut syarak : Sesuatu benda yang kotor dan menyebabkan tidak sah solat dan tawaf.

  • Baca dan fahamkan.
  1. Orang yang solat dan tawaf wajib suci daripada najis.
  2. Orang Islam hendaklah sentiasa suci dan bersih.
  3. Allah kasih kepada orang yang suci dan bersih.
  4. Saya suka kepada sesuatu benda yang suci dan bersih.

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS
Najis terbahagi kepada tiga bahagian :
  1. Mughallazah : Najis anjing dan babi serta kotorannya.

       

  1. Mukhaffafah : Najis air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang daripada 2 tahun yang hanya minum susu ibunya.
       

  1. Mutawasitah : Najis selain daripada najis mughallazah dan mukhaffafah iaitu :
  • Darah
     

  • Tahi 
   
  • Muntah
    
  • Benda yang cair dan memabukkan
   
  • Bangkai kecuali bangkai ikan, belalang, dan manusia.
   

CARA MENYUCIKAN NAJIS
  1. Menyucikan najis hukumnya wajib.
  2. Cara menyucikan najis :
  • Mughallazah : Hilangkan ain najis kemudian basuh dengan air mutlak sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya air bercampur tanah.
   

  • Mutawasitah : Hilangkan ain najis, kemudian basuh dengan air mutlak sehingga hilang warna, bau dan rasanya.
   

  • Mukhaffafah : Lapkan ain najis sehingga kering, kemudian renjiskan dengan air mutlak keatasnya.
   

     3.  Hikmah menyucikan najis :
  •  Sentiasa bersih dan sihat.
  • Terhindar daripada penyakit.
  • Ibadah kita diterima oleh Allah.
  • Allah kasih kepada kita.
  • Orang suka dan sayang kepada kita.