Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Thursday, 15 December 2011

SOLAT

SOLAT


  

PENGERTIAN SOLAT

  • Solat ialah beberapa perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.
HUKUM SOLAT
  • Hukum solat adalah fardu ain.
  • Ia difardukan malam israk dan mikraj
Baca dan fahamkan.
  1. Solat dapat mencegah daripada kemungkaran.
  2. Solat membawa kepada perpaduan manusia.
  3. Orang Islam solat lima kali sehari semalam.
  4. Orang yang solat sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T.
RUKUN SOLAT
  1. Berdiri betul.
  2. niat.
  3. takbirratul ikhram
  4. Membaca Al-Fatihah.
  5. Rukuk.
  6. I'tidal.
  7. Sujud.
  8. Duduk antara dua sujud.
  9. Duduk tahyat akhir.
  10. Membaca tahyat akhir.
  11. Membaca solat keatas nabi.
  12. Salam yang pertama.
  13. Tertib.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
  1. Berkata dengan sangaja.
  2. bergerak tiga kali berturut-turut.
  3. Berhadas kecil atau besar.
  4. Terbuka aurat.
  5. Berubah niat.
  6. Berpaling dari kiblat.
  7. Makan atau minum.
  8. Murtad.




Tuesday, 13 December 2011

TAYAMMUM

FEQAH 2 : TAYAMMUM










PENGERTIAN TAYAMMUM

Maksud tayammum : Menyapu debu tanah yang suci kemuka dan kedua belah tangan dengan syarat-syarat tertentu.

  • HUKUM TAYAMMUM

Wajib ketika terhalang daripada wudu' dan mandi hadas.

  • WAKTU TAYAMMUM
Ketika tidak mempunyai air atau apabila uzur menggunakan air.

           
Firman Allah S.W.T(Surah An-Nisa': 43) maksudnya :
     ...kemudian kamu tidak mendapat air, hendaklah kamu bertayammum dengan debu tanah yang suci.

RUKUN BERTAYAMMUM

  1. Niat.
   

     2. Menyapu muka.

   

     3. menyapu kedua-dua belah tangan.
   
      4. Tertib.

   

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM

  1. Apabila berlaku perkara yang membatalkan wudu' atau terdapat air.
   

   2. Hilangnya keuzuran atau murtad.